Saturday, April 21, 2012

.: Wa Ai Nee :.

En. Cokelat, awak tau tak...

Bila saya jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati saya.

Bila saya nangis, itu bukan bermakna saya lemah, tetapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak..

En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya marah, memang saya tidak mampu mengawal perasaan saya tapi percayalah, itu maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak.

Bila saya cerewet, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya mahu awak mengenali saya dengan lebih dekat.

En. Cokelat...
Bila saya kata mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima awak seadanya, tetapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri saya, tetapi untuk masa depan awak.



En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna saya tidak sayang..tetapi saya terlalu sayangkan awak dan masih menganggap awak masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan saya sangat kuat sbb saya perempuan. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.

Bila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. Saya bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.

En. Cokelat..
Bila saya kata saya rindu dgn awak , saya benar-benar maksudkannya.

En. Cokelat..
Bila saya kata lelaki lain itu lebih baik dari awak, jangan percaya kata-kata saya kerana saya hanya mahu menguji awak. Saya mahu melihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata saya. Sebenarnya memang awaklah yang terbaik di hati saya. Selagi awak dengan saya, percayalah, walaupun saya menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata saya tetapi di hati saya, awak tetap yang terbaik.

En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya bercakap kasar, saya bukan bermaksud utk berkasar, tapi saya mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan sikap saya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

En. Cokelat..
Bila saya berkata, “tolong tinggalkan saya!”, saya tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Saya hanya mahu menenangkan fikiran saya sebentar saja. Bila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari awak semula. Itu tandanya saya benar-benar mencintai awak. Saya sulit untuk mengawal perasaan. Saya terlalu emosional.

En. Cokelat..
Saya nk awak tahu yang saya sangat2 mencintai awak...



No comments:

Post a Comment