Thursday, May 2, 2013

.: Sahabat, Kehadiran & Kehilangan :.

Sahabat itu satu anugerah..kita dapat kongsi segala rahsia..segala yang terpendam..segala suka dan duka.. Seronok bila kita dapat buat apa-apa pun dengan sahabat kita...dapat gurau-gurau...Dengan sahabat ni lain..bila kita bergurau kita dapat gurau lebih2..nak gurau kasar sket pun buleh..sbbnya dia sahabat kita dan kita sahabat dia...kita tau benda tu setakat gurauan dan tak de nak ambik ati sangat..Itu kelebihan sahabat...

Sahabat ni special dalam ati kita..Bila kita buat apa yang penting msti kita akan teringat kt sahabat..Bila kita dapat perkhabaran best msti kita bitau sahabat kita dulu..bila gossip2 panas, for sure la bgossip dengan sahabat dulu...makan, tido, merapu, merewang sume la ngan sahabat... Bila kita sedih, sahabat dulu yang akan bela kita walaupun dia tak tau pun lagi hujung pangkal cerita tu...Bila kita happy, dia dulu tumpang gembira untuk kita...Sahabat tu umpama sebahagian daripada diri kita...

Tapi, bila beredaran masa keadaan mula berubah..bila suasana menjadi luas, pemandangan akan berubah-ubah...Sahabat kita tak akan selalunya akan bersama kita selamanya...Kehadiran dia buat kita rasa sungguh bahagia tapi kita juga perlu bersedia atas kehilangan dia...Tak kira la dipisahkan oleh perkara, waktu atau ajal....Pada permulaannya mesti ada titik-titik air mata yang bersedih, hati merintih atas kehilangan sebahagian daripada diri kita...Masa tu, kuatkanlah hati, doa pada Allah semoga ada hikmah yang lebih baik di atas kejadian tu...Hati memang sedih, tapi kita tak boleh atur kehidupan orang lain untuk selamanya sependapat atau sama dengan kita...

Kehilangan sahabat sangat memedihkan apatah lagi melihat dia mula membina kehidupan baru atau mula mempunyai sahabat yang baru... Sebagai orang yang pernah menjadi sahabat, kita berdoa yang terbaik untuk kehidupan baru dia..Mungkin itu lebih bahagia....
Simpanlah segala memori manis bersama sahabat kita dalam lipatan ingatan sebagai kenangan yang terindah dalam hidup kita....