Thursday, April 26, 2012

Tuesday, April 24, 2012

.: Aktiviti Hujung Minggu :.

Lalalalala....ujung minggu kalo tak sah kuar ngan En. Cokelat.. Minggu ni aktiviti adalah mendobi...
Haa....agak jarang orang berdating di kedai dobi...hehehehe...kedai dobi ni open 24 jam..senang je..masok coin RM4 untuk yg loading byk, RM3 untuk yang loading kecik..tgu la dalam 45 min..lepas spin tu masok lak kat dryer RM3...kemudian tunggu dalam doplo minit...


Sambil tgu tu, leh access wifi..ada astro jugak..kalo nak minum, leh bli kat mesin air tu....layan Tropicana Twister sedap gak...ilang dahaga...nyum..nyum... 


lepas dryer tu dh time...bleh amek baju n tros lipat....baju panas2 macam pisang goreng..hahahaha....mmg best untuk orang yang malas mcm aku...wakakkakakaka...agak kantoi gak la ngan En. Coklat sbb baju aku yg banyak smpai kene tumpang kt mesin dia..hihi..pasrah je la En. Coklat... Apa agak next xtvt ngan En. Coklat lagi ed...nggeee.... bestnyeee....

.: Mesin Basuh :.
.: Dryer :.

Saturday, April 21, 2012

.: Wa Ai Nee :.

En. Cokelat, awak tau tak...

Bila saya jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hati saya.

Bila saya nangis, itu bukan bermakna saya lemah, tetapi saya sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai awak..

En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya marah, memang saya tidak mampu mengawal perasaan saya tapi percayalah, itu maknanya saya sangat mengambil berat dan menyayangi awak.

Bila saya cerewet, saya tidak pernah bermaksud untuk membuat awak rimas, tapi saya mahu awak mengenali saya dengan lebih dekat.

En. Cokelat...
Bila saya kata mahu awak berubah, itu bukan bermakna saya tidak mahu menerima awak seadanya, tetapi saya mahu menjadikan awak lebih baik, bukan untuk diri saya, tetapi untuk masa depan awak.



En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya cemburu dan tidak percayakan awak, bukan bermakna saya tidak sayang..tetapi saya terlalu sayangkan awak dan masih menganggap awak masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang saya terlalu risau sekiranya terlalu percaya, awak akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuan saya sangat kuat sbb saya perempuan. Saya hanya mahukan yang terbaik untuk awak.

Bila saya merajuk, jangan kata saya mengada-ngada. Saya bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat saya rasa dihargai.

En. Cokelat..
Bila saya kata saya rindu dgn awak , saya benar-benar maksudkannya.

En. Cokelat..
Bila saya kata lelaki lain itu lebih baik dari awak, jangan percaya kata-kata saya kerana saya hanya mahu menguji awak. Saya mahu melihat sejauh mana awak sanggup menjadi yang terbaik di mata saya. Sebenarnya memang awaklah yang terbaik di hati saya. Selagi awak dengan saya, percayalah, walaupun saya menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di mata saya tetapi di hati saya, awak tetap yang terbaik.

En. Cokelat, awak tau tak...
Bila saya bercakap kasar, saya bukan bermaksud utk berkasar, tapi saya mahu melihat sejauh mana awak mampu bersabar dengan sikap saya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

En. Cokelat..
Bila saya berkata, “tolong tinggalkan saya!”, saya tidak bermaksud menyuruh awak pergi selamanya. Saya hanya mahu menenangkan fikiran saya sebentar saja. Bila saya kembali tenang, percayalah saya akan mencari awak semula. Itu tandanya saya benar-benar mencintai awak. Saya sulit untuk mengawal perasaan. Saya terlalu emosional.

En. Cokelat..
Saya nk awak tahu yang saya sangat2 mencintai awak...



.: Port Dickson :.

Minggu lepas ari sabtu aku g menjengah opis...merabiskan kerja2 yang tertunggak sambil bersuka ria ngan dak2 opis...tetiba dapat msg dari En. Cokelat.. ayatnya adalah "jom g bercuti".... erk...aku salah tgk msg ke ape kan...
sedikit excited tp takot nk excited lelebih, manalah tau kot2 ajak2 ayam je kan..
tp dia sius... dia ajak g PD... yipiiiiieeee...!!!! actually dr tahun lepas dia janji nk bawak aku g Langkawi..tp still tak tertunai..so g la PD.. best sgt..dia bawak g makan restoran Thai kt telok kemang tu...dia bwk g jenjalan..g pantai..aih..best nye..bahagia je rasa.. walaupun percutian ala2 koboi & sekejap je dh cukup buat aku rs puas ati...bila lagi ek En. Cokelat nk bwk aku lagi..hehehe....



Thursday, April 19, 2012

.: Ad Dhuha :.

Surah ad-Dhuha adalah penawar bagi mereka yang merasakan diri mereka disisih, ditinggalkan dan dibenci. Surah ini diturunkan sebagai menolak kata-kata musyrikin kepada Nabi Muhammad SAW bahawa Allah SWT telah membenci dan meninggalkan baginda SAW.

Allah SWT dengan bahasa lembut menyejukkan jiwa Nabi SAW, bahawa Dia tidak tinggal dan bencikan Nabi SAW. Bagi mereka yang merasakan diri disisihkan manusia, hakikatnya,Allah tidak biarkan mereka kesepian. Dia sentiasa bersama, lalu, Dia pujuk jiwa yang disisihkan itu dengan jaminan bahawa hari esok adalah cerah dan lebih baik dari hari ini.

Ad-Dhuha pengubat jiwa manusia yang resah dan memberikan kehidupan yang lebih baik jika diamalkan selalu.

Terjemahan:
[1] Demi waktu dhuha,
[2] Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3] (Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4] Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5] Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda – berpuas hati.
[6] Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7] Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu – Al-Quran)?
[8] Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9] Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10] Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11] Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.