Monday, November 14, 2011

.: keHiduPan :.

Syukur pada Allah yang berikan peluang kepada kita untuk merasa apa itu kehidupan...
Sebagai manusia kita selalu dikelilingi oleh perasaan...Perasaan kasih, takut, simpati, marah, sedih...
Tapi bila makin dewasa, aku makin gagal kawal semua perasaan tu...bila bercampur akan mewujudkan
rasa tak puas hati, kecewa, rendah diri dan tak dihargai....
Juga, amat sulit untuk memahami dan memuaskan perasaan orang lain...berhempas pulas dan berusaha untuk membuat org lain senang bukan kerja mudah...kadang2 wujud rasa letih dan putus asa....
Dulu Atul orang yang kuat semangat, happy n selamba..tak mudah goyah bila dicabar...tp Atul sekarang lemah orangnya...mudah jatuh bila ditolak...ntah mana silapnya hingga pergi Atul yang dulu...seolah-olah Atul dh hilang 'perisai' yang selama ni jadi pendinding pada Atul...dah hilang lenyap selama-lamanya....


Thursday, August 18, 2011

.: mR cOkeLaT :.

korang suke tak makan cokelat?
aku suke sgt mkn cokelat..cokelat ni manis...same mcm mR cokelat ni..
aku sayang sgt..tp dia tau tak aku syg kat dia?hehe..
dapat tgk dari jauh pun dah rasa ok..
aku suka mR cokelat ni sebab aku serasi dengan dia..rasa selesa dengan dia..
aku sayang dia sampai aku mati..
walaupun kalo makan cokelat byk2 bleh wat kencing manis smpai kene potong kaki pn tak pe..
 
 
 .: mR cOkeLaT yg sedap :.





Wednesday, August 17, 2011

Sahabat

Sahabat ni macam mana yer?
Sahabat ni kawan kita yang sanggup kongsi susah senang kita..Dia ada je masa kita susah, sedih dan bermasalah..Tapi bila kita happy, dia akan tersenyum dan doakan kebahgiaan kita..
Lain dengan kawan..kawan ni, bila kita happy, dia dulu la yang ada..Tapi bila kita susah, itu la ini la..Macam-macam alasan dia ada...
Sahabat ni susah nak cari..susah sangat dalam dunia sekarang ni..Stakat kawan tu bersepah-sepah..banyak sangat dan buat kita sesak..
Hargai lah sahabat kita sebab tanpa sahabat kita tak kuat pun nak melangkah kat dunia ni..Sahabat yang baik sentiasa doakan kerahmatan Allah dan kebahagiaan buat kita...


.: Jerrinna :.



.: Nikmah :.


Monday, June 6, 2011

Senangkah menjadi perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Nak kena tutup sana, tutup sini tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit

Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit

Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?

Hati ni Allah jadikan lembut betul cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki

Hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil. 

Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan

dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg rebel

Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang?

Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang...

Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

x adil lagikah Allah pada perempuan?

Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu

tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat?sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat
Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan? contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
jarang kita dengar lagu pasal lelaki

Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya. orang akan cakap

'disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap

'disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

kan?hebat x Allah jadikan perempuan tu?

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni perempuan senang nak masuk syurga

tengok hadis ni

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah

Betapa sayangnya Allah dekat kamu

Betapa cintanya Allah dekat kamu
Ttapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia

Bayangkan, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kamu jadi hiasan dan seindah2 hisan tu adalah wanita solehah

Kesiannya dekat kamu kalau kamu tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

*** dipetik dari FB seseorang 


Monday, February 14, 2011

Dendam Sebuah Cinta

Ku berjanji padamu, kan kulukai dirimu dengan perasaan cintaku yang indah
akan kupenuhi otakmu dengan gambar-gambar diriku dengan tulisan-tulisanku dan dengan kenangan-kenangan yang termanis sehingga aku akan selalu ada dalam ingatanmu

Kubuat dirimu menjadi hampir gila, dengan khayalan dan manisnya kata cinta

Setiap pagi dan setiap malam setiap jam dan setiap detik akan kupenuhi ruangan hatimu sehingga tidak ada tersisa untuk wanita lain, dan akan kubiarkan dirimu, merinduiku seorang diri, mencintaiku seorang diri

Rindu padaku setengah mati, cnta padaku setengah mati, rindu hampir mati, cinta hampir mati. Lalu ditengahnya, akan kuletakkan sebuah harapan sehingga kau akan berharap terus padaku. Dan akan kuselipkan sebuah kata penantian.


Dan kau tak kan pernah bisa melepaskanku. Lalu perlahan, akan kutarik ulur perasaanmu sehingga kau merasa takut akan kehilangan diriku sehingga kau selalu menantikan diriku, dan kau akan merasa sangat diinginkan olehku.


Hatimu ternanti, terharap, tercinta dan terindu oleh sebuah kekosongan,

Aku tidak punya hati dan yang tidak punya cinta lalu aku akan melihat dan membiarkan dirimu, terbunuh perlahan demi perlahan karena rasa yang teramat cinta padaku


Dan pada akhirnya, ku akan tertawa, mentertawakanmu …

karena kau akhirnya membunuh dirimu dengan pikiranmu sendiri
Dan dengan perasaanmu sendiri dan yang paling menyenangkan adalah memperhatikan dirimu


Aku tenggelam dalam kesepian, bercanda, hanya dengan bayanganku berteman airmata dan kesedihan…..

Hati membeku, dan kemudian membisu luka hatiku tidak ada yang bisa mengubati..



Sunday, February 13, 2011

Jodoh

Skang ni bila dah lepas blaja sume kengkawan keje ada gak yang sambung master. tapi lately ni ramai tul yang kawen.. Alhamdulillah dah bertemu jodoh kan bagus lah.. Kawin awal ni bagus, leh elakkan maksiat.. Tp tu la tak sume orang pikir camtu. Orang slalu anggap bila kawin tu seolah2 kehidupan dunia mati dah...tak leh nak enjoy, bosan dah jadi bini atau laki orang, sok dah ada anak leceh la, mcm2 lagi la.. Sebenarnya tak bek pikir cam tu.. bila kita kawen ni kita mendirikan rumah Allah. So, cuba la kita pikir tak kan la Allah nak bagi beban pada kita. Tu sumer anugerah. Sering kita dengar alasan " Ingat murah ke nak kawen, nk kene kumpul duit la itu la ini la.." tak kurang jugak yang kita dengar, "I nak bagi mak ayah I idup senang dulu baru I pikir pasal kawin". Come on la beb, tu alasan yang klise.. yang sebenar nya nak cakap cmni "I tanak kawin lagi la I nak ejoy puas2 dlu" tapi tanak cakap sbb nanti takut awek atau bf kecik ati, ye tak? Kalo korang ada jumpa situasi mcm ni korang diam kan aja je sbb kalo ckp byk kali kata mendesak. Korang tunggu and lihat je. Kalo ada potensi dia nak kejar duniawi ni dulu bek standby browsing yang lain je. Ambil contoh Nabi Muhammad SAW kita.. hidup dia susah sangat dan dia muda lagi. Tapi dia terima Saidatina Khatijah sbagai isteri dia.. Tak pun dia bagi alasan " saya nak perbaiki hidup saya dulu. bila dah berjaya baru saya pikir untuk kahwin". Tapi bila kita bagi contoh sebegitu orang mesti akan cakap tuu nabiiii... tapi bila bab poligami pandai lak cakap "Tu kan sunnah nabi"... sebenarnya semua alasan yang berbalik pada hati nak atau tidak.. 


.: Selamat Bertunang & Selamat ke jinjang pelamin :.

Saturday, February 12, 2011

Sakit Hati

Sakit hati...sume orang penah rasa sakit hati kan..bila kita sakit hati syaitan lagi suka bisik kan kata2 yang wat kita rasa lagi sakit hati..pastu kita rasa sedih, marah, tertekan dan macam2 lagi la yang negatif. Kenapa kita rasa sakit hati yer? kita rasa sakit hati bila kita rasa ditipu. Kenapa orang susah sangat nak jujur yer? kalo nak buat baik tu susah sangat. tapi kalo nak wat benda yang tak baik tu senang je. slalau alasan yang kita dengar " Tak nak keruhkan keadaan, tak nak buat orang terasa, tak nak itu tak nak ini". Tapi percayalah tu suma alasan nak lepaskan diri je padahal penting kan diri sendiri tak pikir perasaan orang lain. Rasanya dengan tak jujur tu dapat buat orang bahagia? leh pakai ke teori tu? rasanya kalo orang dari ahli kongsi gelap atau sejahat2 manusia sekali pun dia mesti benci orang yang tak jujur dan penipu, so teori tak jujur untuk jernihkan keadaan tak logik sama sekali!!!! Tak terpikir ke dengan menipu tu dah buat orang ilang kepercayaan pada kita bila kantoi? Tak malu ke bila orang anggap kita ni tak boleh dipercaya dan kaki penipu!! atau gune konsep ni pulak ~ lantak dia la~. Tapi pulak bila orang tu kene tipu mak aii mengalah kan ape lagi sakit ati nye.. Padan la dengan muka.. Mungkin dah jadi tabiat hidup dia kot. Kalo tak menipu rasa cam tak best je sbb nak kene bagi tau sume nye. Ingat kawan-kawan, Idup ni ada karma.. Setiap benda tak baik yang kita wat kat orang akan dapat kat kita balik.. Nak nak pulak tipu kat orang yang mati2 percaya kat kita, orang yang jujur ngan kita, orang yang tak bersalah ngan kita.. Dalam Islam pun cakap orang yang tak jujur tu MUNAFIK. Orang dah tergolong dalam golongan munafik ni tak layak di ambil sebagai saksi. Sumpah dan janji dia tak di terima. Punyala hina orang tak jujur ni. Tunggulah satu hari nanti bila kene kat diri sendiri jangan tanya kenapa aku sakit hati!!

Kawan-kawan, kat bawah ni ada satu doa yang boleh kita amalkan :-

DOA MENGHILANGKAN RASA MARAH

Aku berlindung diri dengan Allah dari syaitan yang terkutuk
Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari syaitan yang terkutuk.. Amin..

.:: Bersosial adalah cara ilangkan stress tapi bila berkawan jangan buat orang sakit hati ::.

KAWAN-KAWAN

Sume orang de kawan kawan kan...mesti ada yang kita rindu sbb lama tak jumpa kan..aku mmg suka berkawan and aku senang dapat kawan.. jom kita preview beberapa kawan aku..
.:: Ni Amar..kawan aku dari aku tadika kat penang..sama2 tadika pastu jumpa kt skolah menengah ::.
.:: Ni Salwa namanya..keje kat langit biru. satu kelas ngan aku ::.
.:: Budak dua orang ni pun best friend aku gak..skang derang hebat berbisnes ::.
.:: Al-Fatihah buat Arwah Azam Mustafa..baik sangat member aku neh..yang lagi 3 orang tu member reweng aku ::.

Tu di antara kengkawan aktif aku..Bak kate pepatah berkawan biar beribu kan..bila ada kengkawan ni idup pun ceria, tak sunyi..tapi jangan la tersilap pilih kawan gak.. Ada jenis orang tu suka sangat mintak tolong orang tapi bila time dia nak tolong orang berat sungguh..kalo ada jumpa orang camtu jangan layan..wat semak je!

Friday, February 11, 2011

Just Started

Ni permulaan baru untuk Rabiatulz...de pape comment yer..baru nk mencuba dalam dunia blog neh.. Time kasih kepada sume yg support..lebih2 lagi my BFF Naseha Nasir yg baru je melangsungkan pertunangan awal Februari neh sama sehari jugak dgn Iman..tak lupe gak kat Ismah yg dah kawen keesokan harinya.. tahniah sume.. aku?? ntah bile tah.. hehe..